belajar dari Ibu

  • 0

Aku selalu rasa manis bila melihat Ibu dan Tok berbual-bual. Sejuk dan mendamaikan pada hati.

.

Pelajaran terbesar yang aku hargai apabila menjadi anak gadis yang tinggal bersama ibu bapa, ialah kesempatan untuk melihat Ibu berbakti kepada Tok, dan perhatiannya kepada adik beradiknya. Kesempatan ini, kurang aku dapatkan sewaktu bertahun-tahun aku tinggal jauh dari rumah.

Sejak Ibu kembali bekerja di Putrajaya, Ibu membuat janji untuk pulang ke Taiping setiap bulan. Sama ada awal bulan, tengah atau hujung; mengikut kesempatan, Ibu akan pulang. Sama ada hanya berdua dengan Abah, atau ada anak-anaknya (adik beradik akulah tu) menemani, Ibu akan pulang. Sesekali Tok bertanya jika serasa agak lama Ibu tidak menjenguk, "Ibu kamu kata nak balik setiap bulan?" Worry not, Ibu will be there soon. Aku yang turut terinspirasi, berbesar hati untuk turut sama balik kampung dengan Ibu. Cuma itulah, kadang hujung mingguku sudah berprogram, atau ada kelas, atau ada urusan kerja. Jika lapang pasti akan kuikuti mereka, atau jika tidak, kuusahakan pulang ke kampung pada kesempatan lain walau berseorangan.

.

Ada sekali itu Ibu whatsapp aku;
"Ibu balik Taiping minggu ni. Ikut tak?"

When your mom ask, you will never say no.

Tunggang terbalik lah awak, arrange kehidupan sana sini, kensel appointment, cari ganti untuk pergi apa-apa mesyuarat yang dah diatur hujung minggu itu, dan jawab je, "Ikut."

"Kita balik lepas Jumaat boleh? Takut jem."

For you a thousand times over, mommy. "Okay."

Dan itu menjadi memori terbaik dalam hidup aku, balik Taiping berdua bersama Ibu dengan aku sebagai pemandu tetap. Karaoke kuat-kuat bila mengantuk, lihat sebelah Ibu rilek tidoq, gua jadi hepi beb. Bukankah penumpang yang tidur itu maksudnya kerana mereka percaya pada pemanduan kau?

.

Selepas Wan meninggalkan kami, Ibu yang banyak menguruskan dan memikirkan urusan-urusan seperti warisan tanah dan sebagainya. Ibu anak sulung, jadi tanggungjawab itu pada bahunya, walaupun dia perempuan. Bila ada adik beradiknya takbalik kampung sewaktu Hari Raya pertama dan menyebabkan Tok sedih, Ibu yang akan perasan nak mengetahui isi hati Tok, walau Tok tak habaq. Anak lelaki, menurut Ibu, punya tempat istimewa di hati seorang ibu. Ibu tega membawa bersama Tok ke UK sewaktu hujung tahun pengajianku di sana - membawa warga emas berjalan itu, jika kau nak tahu, punya cabaran sendiri.

.

Telefon berdering, Tok. Jarang-jarang Tok telipon aku direct ni (cucu yang agak kasihan).

"Hello Tok, assalamualaikum."
"Mim, kamu kat mana? Rumah ke?"
"Oh tak Tok, tengah drive ni on the way balik rumah."
"Nanti cakap dengan Ibu suruh telipon Tok. Tok nak sembang. Telipon dia tadi takdapat, biasalah Ibu kamu."

Ibu selalu akan telipon Tok, mungkin dalam seminggu dua tu sekurangnya sekali. Dan sekali telipon, berjam weh. Semua disembangkan, kenduri jiran perkembangan sepupu sepapat hat tu kahwin hat ni sakit yang tu baru meninggal. Kadang jika kami balik kampung dan sampai tengah malam pun, Ibu akan duk sembang dengan Tok berapa lama tah taktahu gua dah tidoq. Manis.

Dan satu perkara yang paling best juga adalah, Abah memang layan dan support je Ibu. Badaruddin menantu idaman kot, sampai Tok Tam pun duk tanya kalau p rumah dia Abah takmai sekali. Bukan sekali dua Abah p balik Taiping seorang walaupun Ibu dan kami takdapat p ikut sekali. Elok ja, seronok lagi ada lah kot Tok masak sedap daripada anak pempuan dia hatni malaih.

.

"Ibu nak p Langkawi naik kapal terbang nak bawa Tok. 27-30 Dis. Nak ikut tak."
"Nakkkkk."

Ya memang aku seronok beb nak pergi cuti. Tapi aku juga tahu aku memang kena pergi sebagai sebahagian daripada skuad membawa Tok p naik kapal terbang dan menggembirakan Tok. #teamIbu kan.

.

Aku bersaksi bahawa Ibu adalah anak solehah yang selalu mendahulukan Tok. Dan aku bersyukur atas kesempatan menyaksikan cebisan kehidupan yang berharga ini.

Dibelah tujuh

  • 0

"How much do you put in your work? 60%, 70%?" tanya lecturer Organizational Behaviour kegemaran Mimy. He's awesome, by the way.

Aku terdiam. Soalan yang sukar.

"Who's 50%? 40%?" beberapa teman sekelasku mengangkat tangan. Sehingga 10%. Dan hingga ke akhirnya aku yang tidak mengangkat tangan.

***

Bagaimana jalannya untuk aku cemerlang dalam ketiga-tiga benda yang aku (pilih untuk) buat serentak ini?

Membangunkan Iman
Master of Business Administration
Mas'uliyah dakwah

Bukankah tiga-tiga ini memang memakan seluruh perhatian, jus otak dan tenaga; setiap satunya? Dan gadis ini nak buat semuanya pada masa yang sama - dan nak excel. Mind you I'm not including attention to family as another to do list here. Ok kot sementara takde somi dan anak-anak uhuk mok ayoh adik beradik nok letok mano.

Sekejap, Mimy. Mari kita berlaku jujur.

Kalau kau hanya buat satu benda sahaja dalam senarai tu dalam satu masa, habaq mai sat, betul ke kau akan kerahkan seluruh jiwa raga? Setakat taaruf dengan seorang Mimy, selalunya lebih banyak berlalala dan mengisi masa dengan acah-aku-perlukan-masa-untuk-diri-sendiri.

Honestly, I still don't know how do I do everything at once. But I choose to believe.

I choose to believe. 

redha buat kita

  • 0
"Mesti dah diskas dengan parents kan? Pendapat mereka antara redha buat kita. Sampai sekarang akak masih minta pendapat parents untuk benda-benda besar."

***

"Ibu, nak tanya pandangan ni. Nak ambil dua subjek ke tiga subjek ya?"
"Benda ni bukan boleh tanya pandangan. Ikut kemampuan sendiri, kamu yang nak belajar."
"Alaa bagi lah pandangan sikit.."
"Pandangan apanya. Eh Ibu lupa ada kek coklat dalam kereta ibu. Dia punya moist terbaik punya, dari birthday Auntie Kent tadi."
"Ibu pergi birhtday party lah tadi? Amboi macam remaja-remaja."

Yeah mommy is liberating like dat.
Daddy pula;

"Boleh cuba tiga subjek dulu. Tengok boleh bawa ke tidak, dengan kerja dan usrah kamu. Kalau penat nanti next time ambil dua pula."

Terharu sistur bila daddy sebut dan acknowledge mengenai usrahku. Mana taknya hari-hari tak melekat dekat rumah.

***

Pendapat mereka antara redha buat kita.
Dan aku perlukan redha mereka, untuk hari-hari yang mendatang.

pada pintu yang tidak terduga

  • 0

Aku fikir,

ada banyak cara Allah mengajarkan kita sabar dari segenap sisi kehidupan. Kadangkala pada sisi yang memang kita sedia maklum dan siap siaga untuknya - tidak begitu jarang pula pada pintu yang tidak kita sangkakan (atau tidakpun mengambil perhatian).

Sabar itu pada terus-menerus berbuat kebaikan walaupun pada hakikatnya hati kau sudah lama tidak tersentuh dengan kebaikan itu; dan iman itu tidak pula membasahinya.

Sabar itu pada teguh beramal walaupun hati kau sudah (berulang kali) nekad untuk berhenti kerana menurut kau, "Aku sudah tidak mampu untuk melaksanakannya."

Sabar itu pada tetap memberi komitmen menghadiri wasilah tarbiah dan hidup di tengah akhawat shalihah - walaupun kau tahu benar duduk berehat di rumah bersama keluarga itu lebih enak dan memberi damai pada jiwa.

Salaamun 'alaikum bima sobartum.
Salam sejahtera padamu atas kesabaranmu.

Kan berjuang itu bukan cuma manis-manis saja.

Percaya kita

  • 0

Di permulaan tahun terakhir aku di UK, Puan Naqibah telah menyatakan sesuatu yang penting.

"Mimy, kami dah berbincang untuk Mimy bawa usrah adik-adik penggerak di Warwick."

Titah sepenting ini disampaikan melalui Whatsapp, kerana kami tinggal berjauhan. PJJ Leeds dan Manchester.

"OH. MY." Responku di dalam hati. Beserta mimik muka yang aku rasa boleh tahan dramatik, tapi memandangkan hanya aku sendirian di bilik ketika itu.

Memang dari hujung tahun (akademik) lepas dah ada khabar angin bertiup kencang dan sesi-sesi perbincangan ringkas cumanya aku pun berlalalalala je lah selagi belum confirm.

Warwick dan Leeds itu jaraknya door to door 3 jam. Final year pula, walaupun tentunya final year Engineering tidak sama dengan final year Medic, but still - masih sesuatu yang BESAR. Dan duit. Dan tenaga, DAN DAN DAN. Adik-adik di sana BUKAN calang-calang orang, situasi di sana pun memang - sebut West Midlands, satu UK tahu bagaimana kondisinya. This, was 3-4 years back.

Saat itu aku tahu, aku takboleh lari. Aku hanya ada satu pilihan - iaitu dengan berkata Ya. But I said to Puan Naqibah.

"Kak, boleh saya confirmkan esok?"


*

Entahlah ya. Dalam hidup ini ada kalanya, apabila dihadapkan dengan sesuatu pilihan, kita dah tahu jawapan apa yang kita akan beri. Kita tahu pilihan kita hanya satu. I don't know how but its just there, the answer just lies there within us.

Tapi kita memilih untuk berhenti seketika, "Sorry, but I might need some time to decide."
Berhenti seketika sebelum memberikan keputusan.

Supaya keputusan itu dibuat bersama Allah. Sempatlah kita menangis-nangis bercerita pada Dia yang kita ini tidak langsung tahu apa yang terbaik melainkan Dia beri petunjuk. Dibuang kebergantungan kepada perasaan dan pertimbangan manusiawi diri semata-mata, tapi dipacakkan kebergantungan penuh kepada Allah. Sebab kita ini tidak begitu percaya kepada pandangan, perasaan, kecenderungan hati kita, kita hanya percaya penuh kepada Dia. Sebab kita juga tahu jalan di hadapan pasti tidak mudah, cabaran pasti lebih - jadi kalaupun kita nanti akan penuh kelemahan dan dosa waktu melalui jalan itu, tapi apabila langkah pertama itu kita usahakan bersih kerana Dia, moga-moga Dia berkenan memberi kekuatan, petunjuk. Mudah-mudahan Dia sudi menerima doa dan rintih kita nanti.

Mudah-mudahan.

Sekolah kehidupan

  • 0

Seorang lelaki pertengahan umur masuk. Kemas pakaiannya, seperti mahu ke mana-mana. Tapi di muka ada risau tercalit.

"Sini memang selalu double-park ya?"

Aku sedang di Imanshoppe, mencari tenang dan ruang sebab dilanda tragedi Julai; ada 'keributan' meminta diselesaikan segera. Panic attack.

"Ya pakcik. Parking sini memang susah sikit."
"Oh. Jadi bagaimana kalau nak keluar? Saya nak ke airport nanti."

Selepas diyakinkan Shira bahawa pasti akan baik-baik sahaja asal nombor pemilik kereta ditinggalkan, pakcik lega dan terus melihat-lihat buku.

Pakcik IKRAM ni, getus hatiku. Melihat k Norley dan Shira agak ragu-ragu ayam dan awkward, aku ke arah pakcik - bertanya-tanya jika ada yang boleh dibantu. Mujur aku sedang dalam mode extrovert.

"Pakcik biasa ke sini?"
"Biasa," dia senyum. "Pakcik kenal Dr Aisyah."

Oh.

"Pakcik dari IKRAM Kelantan. Suami Dr Hafizah."

Dua detik otakku memproses. Oh, makcik Peed!

"Oh Dr Hafizah. Saya pernah ke rumah pakcik, jaulah dengan akhawat." Senyum.

Aku terlontar ke waktu kami menziarah makcik Peed. Entah kenapa hati aku cepat jatuh sayang kepada beliau - raut wajahnya lembut, sinar matanya ramah, butir katanya jujur berbagi pengalaman hidup, dan kebetulan aku duduk di sebelahnya waktu dia memberi perkongsian kepada kami, tangannya lembut parking di ribaku. Dari situ mungkin, dia mengalirkan kasih sayang.

"Nak ke Jordan malam ni, graduasi anak pakcik."

Kembali ke masa kini.

Kata pakcik, makcik Peed akan ke sampai sini petang. Melepas aku nak berjumpa, walaupun aku 87% yakin makcik tak ingat padaku.

Pakcik selesai memilih dua buku, dan menoleh padaku,

"Boleh tolong balutkan buku yang pakcik beli? Takut-takut ada masalah di sana sebab penulisnya."

My pleasure to help, pakcik. My pleasure. Dalam ribut aku menyelesaikan tragedi Julai, moga-moga membantu orang soleh ini jadi asbab Allah berkenan memudahkan urusan ini.

*

Melihat orang dan interaksi sesama, adalah sekolah bagi aku. Dan antara kelas yang aku teringin nak pergi, adalah kelas kehidupan keluarga para pendiri dakwah. Pasti tidak akan sempurna, tapi pasti ada yang berbeza. Aku ingin belajar.

Suatu peristiwa peradaban

  • 0

I found this to be one of the most beautiful description of marriage.
And accurate.
And I love it.

Because it answers all the silent questions I have in mind, without knowing what the questions are.

*

Kita seringkali menganggap pernikahan itu adalah peristiwa hati. Padahal sesungguhnya pernikahan adalah peristiwa peradaban.

Ini bukan cuma tentang dua manusia yang saling mencinta lalu mengucap akad. Ini peristiwa peradaban yang mengubah demografi manusia.

Pernikahan adalah sayap kehidupan. Rumah adalah benteng jiwa. Jika di rumah kita mendapat energi memadai, di luar rumah kita akan produktif.

‘Sakinah’ bukan cuma ‘tenang’. Ia berasal dari kata ‘sakan’ yang artinya ‘diam/tetap/stabil’. Maka ia tenang karena stabil, bukan lalai.

Sakinah: ketenangan yang lahir dari kemantapan hati. Manusia jadi tenang saat kebutuhan-kebutuhannya terpenuhi secara komprehensif.

Al-Qur'an jelaskan: ‘Kami jadikan air sebagai sumber kehidupannya’. Air (mani): sumber stabilitas dan produktifitas.

Hakikat pernikahan tidak bisa dipelajari dari manapun. Learning by doing. Islam arahkan menikah muda agar penasaran itu cepat terjawab.

Agar setelah ‘rasa penasaran’ itu terjawab, perhatian seseorang bisa lebih banyak tercurah dari urusan biologis ke intelektualitas-spiritualitas.

Tidak perlu takut terhadap beban hidup, yang perlu dilakukan hanya mengelolanya. Sebab pelaut ulung pun lahir setelah melewati gelombang-gelombang samudera.

Yang bisa membuat kita melewati gelombang itu adalah persepsi awal yang benar tentang cinta. Cinta: dorongan untuk terus memberi pada yang kita cintai.

Hubungan yang terbina bukan hanya hubungan emosional, tapi juga spiritual-rasional. Karena keluarga ini adalah basis sosial terkecil untuk membangun peradaban.

*

Katanya dari khutbah nikah pada pernikahan anak dari ust Tate Qomaruddin, oleh Ust Anis Matta. Aku taksure maksudnya anak Ust Tate ke anak Ust Anis yang kahwin, tapi takpelah. Walaupun bahasanya memang ada gaya Ust Anis Matta.