two to tango

  • 0

Sebulan yang lalu ini adalah sebulan yang padat. Dan dia keletihan, jasad apatah lagi ruh. Balik kerja hampir gelap, usai magrib terus melangkah keluar. Jiwa kadang tidak tenteram, dia memujuk-mujuk dengan niat yang berulang dibersihkan. Dengan doa moga amal tidak sia-sia, agar ajr sampai kepada keluarga yang ditinggal-tinggalkan.

Keluarga yang ditinggal-tinggalkan.

Sejak balik dari tanah sejuk, dilema ini yang seringkali dia hadapi. Memberat-berati hati. Sampai ke titik ingin pergi - "Nak kerja jauh lah." Supaya hilang satu konflik, dia fikir, mungkin dengan itu dia akan lebih tenang dan ringan untuk melangkah.

Takdir mendahului tadbir. Pada ketika dia hampir pergi menjauh, Tuhannya menahan di muka pintu. Bila dia mula membayangi indah di padang baru yang lebih hijau (pada bayangannya), hati mula berdetak suka, "Tempatmu di sini," kata Dia Sang Tahu Semua. Lalu dia terduduk menangis.

Beberapa bulan berlalu. Dia bersyukur, dan mula menghargai takdir Yang Maha Pengasih. Dia mula memahami cara Tuhannya mengajar dan menetapkan. Mendidik dan membersihkan. It takes two to tango. Untuk menari dengan takdir Sang Pencinta, bukan dengan berdiri tegak dan melongo. Bahkan perlu mempelajari gerak yang terindah, tidak trauma dengan langkah yang sumbang, tidak down dengan tawa penonton yang bukannya reti nak tango pun.

Allahumma, jangan biarkan kami terus-terusan dalam kegelapan dosa.
Allahumma, redhailah kedua ibu bapa yang kami cintai.
Allahumma, tunjukkan kami jalan keluar dari kesulitan ini.
Allahumma, bersihkan kami dari dosa yang jelik.


tidak mampu

  • 0

Semalam.

Suasana muhasabah sungguh terasa. Apatah lagi sang muwajihnya adalah supermurabbi yang muncul sejak langkah-langkah pertama dia dalam tarbiah. Dia terkenang juga waktu mukhayyam sebelum mereka terbang, supermurabbi ini juga yang berkongsikan tajuk - kita tidak mampu tanpa tarbiah. Dan dia terlihat-lihat waktu-waktu yang dia lalui, selama beberapa tahun sudah.


Akhawat fillah rahimakumullah,

Kita ini tidak mampu tanpa tarbiah. Tidak mampu tanpa dakwah.

Apabila suasana makin mendesak, kadang dia rasa letih dan mula bosan, ada satu lintasan datang - adakah pilihan untuk dia cuma menjadi orang biasa? Atau mungkin cuma duduk diam sahaja. Tak perlu bersusah-susah.

Geleng-geleng. "Aku tidak mampu tanpa dakwah. Tapi aku," getus hatinya, "terlalu hampeh. Ke laut." Maka kerana itu, dia rasa lebih lagi tak mampu melainkan dengan dakwah. Kerana dakwah itu membersihkan. Dan tanpa dakwah, dia lebih hina.


"Dakwah itu adalah kita, dan kita adalah dakwah itu sendiri!"

Pendarahan jiwa.

"Risalah ini ditulis, untuk al-ikhwan al-mujahideen."

Alat bantuan pernafasan, please.

"Tiada tempat dalam saff ini, untuk mereka yang malas dan perlu diketuk untuk bergerak."

CPR?

"Rasa bersalah lah kepada dakwah, kerana hanya ini yang mampu kita berikan. Apa kelemahan yang kita ada, sehingga tidak mampu memberi lebih?"

Ehh, siapa yang pergi terjun bangunan tu?


Kerana Allah menyusun tepat pada waktunya. Bila dia tertanya, apa ertinya dia berada di sini?

"Pada usia sekarang, ada kalanya kita rasa kita dah futur. Waktu muda-muda undergrad dulu, dengar pasal futur, tak dapat nak bayangkan bagaimana futur itu."

Kalimah akhirah semalam. Waktu itu pandangan mata mereka tertembung, bertatap sedetik. Dia bagai dapat merasa gejolak jiwa ukht senior itu.

Akhawat, kita ini tidak mampu tanpa dakwah.