cuma satu sebab

  • 0

Aku percaya semua orang di dunia ini punya pengalaman hidup yang tersendiri. Dan pengalaman itu yang menjadikan dirinya lain dari orang lain. Pengalaman itu milik kita sendiri, hanya kita.

"How's business, mi?"
"Alhamdulillah makin challenging."

Ini memang satu dunia yang aku tak pernah bayangkan akan berada di dalamnya. Ok, memang aku punya impian mempunyai kedai buku sendiri, kerana kecintaan kepada buku. Tapi jadi penerbit? And managing one whole company, at this age?

"Saya personally dah masuk fasa baru kot."

Minggu-minggu pertama, memang semuanya sangat mengujakan, menarik! Perkara baru, manusia normal pasti akan rasa teruja dan berwarna-warni sekali hidupnya jika dikelilingi perkara-perkara baru. Terutama jika beza sekali dengan apa yang dia buat sepanjang kehidupannya yang lalu.

Jaga booth untuk pesta buku, wow my dream!
Hantar buku kat MPH, seriously this is how they do work?
Pergi bayar KWSP dan SOCSO, krik krik so boring.
Pilih design mana untuk cover buku, pergh sungguh berperanan sekali!

Sampai satu masa, mungkin ada fasa kejenuhan. Mulai rasa penat. Dan fasa ini, mungkin fasa terbaik untuk benar-benar mengukuhkan the why. This, is the new phase.


Aku buat sebab aku gembira ke? Sebab takde benda lain nak buat?
Bagaimana kalau gembira mulai hilang, dan to do list semakin membosankan?
Lepas tu bos asyik tanya-tanya, sales tak meningkat, multitasking tahap ketujuh puluh lapan sampai terlupa nak buat itu ini. Tak ke stwess roarr. Tambah satu lagi, my soulmate dekat opis pun dah pindah kerja T.T ini memang sedih.


Akhirnya aku belajar, perasaan itu datang dan pergi. Pasang dan surut. Yang tinggal adalah sebab yang kukuh, yang menyebabkan aku tetap berbuat walau bosan, susah, tercabar ego.

Sebab yang kukuh. Yang menetapkan, untuk apa aku berada di sini.
Dan sebab yang kukuh itu, patutnya cuma ada Satu

anger management katanya

  • 0
Memang ada banyak sekali ketika dalam hari-hari yang dilaluinya, "Aku akan menulis mengenai ini," tapi masih nil di sini, hanya sekali sekala. Ah sudahlah dia malas mengenang, dia akan terus menulis sahaja.


Ya, mungkin sudah tiba masanya dia menguatkuasakan syiar itu semula. Syiar - Keep calm and carry on. Ah ketika dia jatuh cinta dengan poster itu, lantas membelinya. Sedikit sebanyak syiar itu berjaya juga alhamdulillah, merah terang terpamer di biliknya, mengingatkan. Tapi ketika itu isunya adalah - dia sering kalut. Kelam kabut selalu, lalu berazam ingin lebih tenang dan steady beb. Tapi sekarang isunya - dia cepat marah.

Serius, tak pernah terlintas di fikiran - Mimy cepat marah? That is so not her!

***

"Anger Management?"
"Aah, dengar camtu."

Alangkah anehnya nama syarikat. Wahaha. Dia tiada di Pejabat, rakan sekerja angkat talipon dan seseorang dari Syarikat Anger Management nak cakap dengan dia. Katanya pernah berurusan dengannya sebelum ini. Memang aneh.

"Katanya pasal buku library."

Jeda sebentar, fikir.

"Ohh. Y*&@(^ Angle lah!"

Kelakar. Tapi tergaru sebentar hati - Allah nak tegur aku pasal anger management? T.T

Beberapa hari dia bermenung fikir, di mana silapnya? Mana dia nak perbaiki? Kenapa sampai begini jadinya?

"Mungkin Malaysia dah ubah awak. Macam ada kekerasan/kemarahan dalam diri awak."

Pergh pedih.


Basically dia memang nak lebih tenang. Ada beberapa buah fikiran yang terhasil;

1. ah memangnya hubungan dia dengan Allah. Dengan al-Qur'an.
2. dia mengulangkaji fakta yang dia pernah pegang sebelum ini tapi dah terurai - I am in control of my own emotion. I choose to be sad, angry, disappointed, happy, positive. ah tengok tu, emosi pertama pun dah negatif.
3. kadang marah ini timbul bila dia (subconsciously) rasa yang dia lebih baik dari orang lain.
4. mungkin juga ada kemarahan atau kekecewaan yang tersimpan dalam, tak jumpa jalan keluar.

I was thinking, before this I would (once in a while) did my reflections and stuff in my blog or my journal. However bad the writing is, at least she poured it out somewhere, and she have some thoughts about it. Keeping it totally to herself, perhaps this is one of the effects.

Keep calm and carry on :)

Swatch dan jam pasar malam

  • 0

"Berapa ye ni kak?"
"RM10 dik. Yang ni tahan, tak masuk air."

Kadangkala kelakar juga bagaimana kehidupan kita boleh berubah, 180 darjah.

Selepas jam Swatch dia dilanggar kereta, ya pengakhiran yang tragis, dia dah takde jam. Lama juga mungkin setengah tahun, akhirnya dia buat keputusan, ya aku perlukan seutas jam tangan. Mencongak-congak wang yang dia ada dan keperluan lain, dia tahu dia masih belum boleh beli am berkualiti yang sebenar.

"Saya nak yang ni kak. Terima kasih ya." 

Senyum pada kakak penjual.

Walaupun agak mencekik, dia memangnya sedang menikmati saat ini. Ya saat hidup tak berapa mewah. Dia ada je beberapa barang dari kehidupan lalu (lol) yang tetap terus mengingatkan dia pada waktu itu. Ah senang sekali saat itu.

Kalau sehari, katakan 10 orang beli jam RM10, dapat RM100 satu malam. Kalau dia jenis pasar malam hopping, tiap-tiap malam buka di pasar malam berlainan maka dapat RM700 seminggu, yakni RM2800 sebulan. Not bad. Tapi tu tak masuk modal lagi? Ibu kata jam macam ni modal RM3-4.


***

Stesen Hang Tuah.

"Kat sini tempat ibu dengan cu beli barang nak meniaga dulu. Cakap je nak meniaga apa, semua ada kat sini.
Ibu dah lalui dah semua zaman tu, dari susah ke senang macam sekarang."

Ada beberapa nilai-nilai yang dia kagumi pada ibu, yang tersingkap sedikit demi sedikit apabila hidup bersama. Nilai dan kisah ini mungkin takkan terungkap dan terzahir apabila dia duduk berjauhan seperti sejak 13 tahun yang lalu, dan dia sungguh sunguh bersyukur atas nikmat mempelajari kehidupan seperti ini. Alhamdulillah.