Aiman tak kisah

  • 0
Kadang bila kita alami kebuntuan dalam dakwah kita, dalam kehidupan seharian, dalam sesak dada Islam tidak dapat disampaikan dengan baik, mungkin ini jawapannya.

People don't care how much you know until they know how much you care.

*

Dakwah ini, ada dua jenis proses.
a) Proses memuntahkan teori, dan
b) Proses menukarkan kepada amal.

Proses memuntahkan teori ini biasa berlaku dalam wasilah tarbiah yang formal, seperti usrah, daurah, nadwah. Proses ini tidak mudah, tetapi sebenarnya lebih mudah.

Tidak mudah, kerana dia sebenarnya bukan proses menjadi burung kakak tua. Perlu fikir, hadam, proses. Perlu baca. Perlu cari cara yang paling efektif untuk sampaikan. Perlu menilai, perlu analisa. Perlu inisiatif.

Kalaulah dakwah itu hanya ini sahaja pun, sudah cukup memakan jiwa, tenaga dan masa. Memang tidak mudah.

Cukup dengan melihat kader-kader sekelilingmu. Apa yang dibaca, buku apa yang ada di goboknya? Siapa yang mampu benar jadi tenaga taujih tarbawi? Siapa mampu, diberi tajuk dalam masa sehari untuk disampaikan kepada audiens esoknya?

"Antum kena bersedia di Malaysia nanti. Perlu jadi muwajih satu tajuk, yang diberitahu dua tiga jam sebelum waktu penyampaian!"

Jangankan dua tiga jam, dua tiga hari pun dah nak mengamuk rasanya mendapat pelawaan mengisi.

**

Petang Khamis yang indah;
"Akak, free tak weekend ni? Nak minta jadi muwajih untuk program adik-adik." Waksep seorang ukht yang tak pernah dikenali. Dapat nombor dia dari kakak Y katanya.

"Aseefah ye awak, saya ada program Sabtu ni." Dalam jiwa ada sedikit syukur kerana dia perlu ke program lain. Dan ada sedikit hangin - whattttt Sabtu nak program, Khamis baru nak cari muwajih? So not profesional bruh. "Haip husnuzhon, mungkin muwajih sebenar emergency tak dapat mai." Tepuk sikit hati itu kerana hangin tak tentu pasal.

**

Mudah, kerana teori itu akan diluahkan kepada telinga-telinga yang sudah bersedia untuk mendengar. Hati-hati yang dah dikompaskan supaya lapang untuk menerima. Hati bersih belaka semua, cakap je apa-apa mesti feedback bagus punya. Eh.



Proses kedua, menukarkan teori kepada amal.

Man, this is hard.

Papa Amira Mujahidah kata, ini namanya skill. Dan skill ini, adalah cabaran yang lebih kritikal untuk kader-kader muda terutamanya, berbanding knowledge/teori. Ana memang setuju, ini memang masalah umat.

Dihidangkan di hadapan anda sekelompok manusia, yang tidak dikompaskan untuk mendengar apa yang anda mahu katakan. Yang tak kisah apa yang anda tahu, berapa lama anda terjebak dengan tarbiah, berapa program anda jadi mas'ulah, betapa bersinar-sinarnya mata anak-anak usrah anda mendengar taujih berapi anda dalam usrah. Tak kisah langsung.

Lagi, sekelompok manusia itu sudah kenal anda lama, luar dalam. Sekelompok manusia yang telah lama melihat sisi-sisi yang anak-anak usrah mahupun audiens taujih anda tidak pernah nampak mahupun terbayang. Mereka mengetahui kemanusiaan anda.

Dah sejak bila dia pakai 'anda' dalam belog ini? Kecelaruan identitas.

Di sini, sejauh mana teori itu diterjemah kepada amal yang menentukan. Dan, dalam dunia realiti ini (sesetengah pihak memanggilkan dunia BFG), sisi dakwah ini yang anda akan betul-betul diuji.

*

Dan satu yang dia belajar hari ini ialah,

People don't care how much you know until they know how much you care.


10 hari ini

  • 0

"Alhamdulillah dah selamat bersalin baby mujahidah. Doakan agar Allah sentiasa menjaga dia. Dicintai Allah dan mencintai-Nya sepenuh hati."

Maklum usrahmate dia. Sungguh, tersentuh hati dia dengan doa harap seorang ibu itu.

Dicintai Allah, dan mencintai-Nya sepenuh hati.

Bagaimana dia? Bagaimana hatinya? Tidak pun mencintai-Nya sepenuh hati. Penuh hatinya itu dengan sesuatu yang lain - entahkan apa. Dunia dan seisinya. Sampai hampir pecah.

10 hari terakhir Ramadhan. Dia khuatir, kerana 20 hari sebelumnya tidak cantik dan banyak celanya. Waktunya tidak semewah dulu, sedar-sedar sudah gelap, tapi tilawahnya masih merangkak. Bikin malu, sedang dia bekerja dengan ikhwah akhawat. Blerghh.

Kerana awalnya tidak indah, maka dia perlu lebih mengharap pada yang hujungnya. Lebih dari orang lain.

Pagi ini dia tertunduk malu dengan Penciptanya, kerana compang-camping jiwanya. Malu dengan mereka yang perjuangannya disaksikan penduduk dunia, dan gemilang pancarnya sampai ke langit. Yang mati mereka itu menghidupkan. Sedang hidupnya dia itu sebenarnya mati.

10 hari ini.
Agar dia mencintai Allah sepenuh hati. Moga penuh barakah. Moga tidak tunduk dia dengan lelah dan sukar. Moga tidak menyejuk sebelum waktunya. Moga layak dia mendapat rahmat dari Pencinta.