this too shall pass

  • 0

Hari ini alhamdulillah rasa tenang dan sakeenah. A bit mysterious the feeling, still alhamdulillah.
Jadi kali ini ye anak-anak, mummy nak cerita satu kisah biar kekal memori dan perasaannya.

Begini kisahnya -


Dia menceritakan kepada ibu apa yang terjadi tatkala CIMB buat maintenance selama tiga hari, yang kita LANGSUNG takboleh buat apa-apa - withdraw takboleh transfer takboleh semuaa takboleh. Grr masih takboleh terima kenapa boleh buat camtu, walaupun system upgrade sekalipun tapi hish.

Kisahnya ialah dia berniat mahu membeli makan malam di pasar malam BSP memandangkan abah takde kat rumah, kurang rajin pula nak masak untuk seorang. Pergilah dia ke atm untuk withdraw duit - ke BSN sebab itu yang terdekat dengan pasar malam, seberang tu je. Eh, takboleh pula, mungkin BSN tak boleh kot withdraw duit bank lain. Atau ada problem - biasalah BSN. Ada skeptik sedikit di situ. Lantas ke atm Maybank di Petronas berhampiran, eh takboleh. Sungguh misteri. Mengecheck dia di website CIMB - duhhh, maintenance!

Dan dia cuma ada dua keping duit RM1. Korek syiling, dapat lah 60-70 sen.

Balik ke, pergi je pasar malam? Balik takde makanan, lapar. Nak masak lambat pula, tatau nak masak apa. Nak beli mi segera, tak cukup duit juga.

Lantas dia mengambil keputusan untuk ke pasar malam berbekalkan RM2.50. Alangkah sadis terasa bila teringin tapi - mi tak cukup duit mi. Nasi ayam dara, no. Bakso, a big no, RM6 kot. Char kuey tiau, no. Nasi kerabu, no. Selesai tawaf pasar malam, akhirnya dia membeli nasi lemak telur goreng - alhamdulillah, ini rezeki dia malam ini, RM2.50. Dalam hati - baik makcik ni jual murah je. Mesti dia fikir student-student yang takde duit.

Mendengarkan kisah ini, ibu berkata,

"Kamu rasa takde duit camtu time seorang. Ibu dulu, dengan abah pi masuk hutan, susu anak habis, duit minyak nak pergi kerja lagi. Hah time tu lah nak marah abah pi masuk hutan."

Dia terdiam, cuma senyum. Speechless.

Dia berazam untuk simpan kisah itu kemas-kemas. Dan melalui saat-saat sempit ini dengan rasa sedar dan conscious - dia akan melepasi fasa ini insyaallah. Dia pun masih ingat fasa banyak duit uols, takde pun berkira-kira sangat nak beli tiket train tiket bas nak ke daurah nak ke usrah pastu beli biskut dan cekelat dengan riang sebab dia suka belajar sambil kunyah cikedis. Terasa beza sekali, bagai dulu itu mimpi indah.

Pengalaman dan pengajaran ini, terasa bermakna. Alhamdulillah.

garis itu

  • 0
Bismillah.

Ya, dia memang cemburu dengan manusia yang begitu jelas apa yang hendak dicapai dalam hidup. Sebab sudah lama dia tercari-cari.

Dia tahu tujuan hidup manusia ialah menjadi abid dan khalifah. Dua itu nampak begitu straightforward dan mudah sekali di lidah, terutama di zaman belajar. Sekarang tidak lagi. Dalam proses itu, dia nampak korelasi apabila hadis logam itu diceritakan apabila tujuan hidup itu ingin dipacak kukuh dalam hati jiwa-jiwa yang baru dan segar.

Abid dan khalifah itu tsabit/tetap, bagaimana melaksanakannya itu mutaghayyirat/berubah. Berubah dalam kerangka Al-Quran dan Sunnah, maksudnya nilai-nilai dan prinsip yang dipasskan melalui dua itu perlu diambil serius. Dalam konteks individu, bagaimana kau mahu melaksanakannya? Maka perlu KENAL diri dan potensi.

"Sudah tiba masanya," fikir dia, "untuk aku take charge dalam hidup aku sendiri." Tidak bergantung kepada manusia. Ditolak ke tepi dia ke tepi, ditarik ke tengah dia ke tengah, dibawa ke hadapan dia melangkah ke depan.

"Kenapa ya," tanya dia, "akak memilih untuk sambung belajar?" Kecewa jadinya jika jawapannya sekira-kira -
"Kerana ini yang datang pada waktu itu, dan itu yang diperlukan."
Dia seolah ingin menjerit dalam hati - does that, in other words, means you never properly plan for this? Tapi dia cuma diam, pasti ini jawapan simplified version setelah apa yang saudaranya itu lalui, fikirkan, istikharahkan. Seperti jawapan dia kepada orang yang kadang bertanya - bunyi ringkas, tapi di dalamnya tersimpan segala dilema, doa dan pujuk hati, kepedihan, kekeliruan, penantian dan masa yang panjang.

Seorang ahli usrahnya dengan penuh thoughtful berkongsi plan kehidupan dengan dia, melihatkan betapa dia keliru dan ragu dalam melihat ke depan. Berdegup dadanya dengan cemburu, bagaimana mereka boleh sejelas ini?

"Berapa lama awak akan kerja di sini?" 
"Sebenarnya saya sedang mencari hala tuju."
"Wau. Akak pun tak cari lagi hala tuju, asyik follow je."

Memang ada banyak keraguan dalam hati dia, dan banyak kerut-kerut dahi. Tapi dia tahu, and pretend that she has been convinced, yang alhamdulillah dia bersyukur dengan lintasan fikiran dan keinginan untuk menulis skrip hidup dia sendiri. Kerana tak ramai yang memilih untuk buat perkara itu. Memang lah benci uols dia mendengar orang-orang yang muda-muda lagi dah jelas dan dah menyumbang. Dia dah 24 tahun dah kott.

Tapi,

its never too late kan?

purpose of life

  • 0
Tujuan hidup.

Ya dia tahu tajuk ini memang cliche. Ada seorang adik di tempat dia belajar dahulu, memang allergic reaction bila dengar perkataan tujuan hidup ni. Nak termuntah mungkin bila diulang diulang, dan ulang lagi. 

Dia jadi terpana juga apabila tujuan hidup ini diperkatakan pada masa yang dia tidak jangka, oleh orang yang dia tidak sangka. Sejak akhir-akhir ini memang ada beberapa situasi yang menyebabkan dia terfikir,

- apa tujuan hidup manusia sebenarnya?
- apa mungkin manusia itu menjumpai tujuan hidupnya, tanpa dipandu wahyu?
dan sebagainya.

Satu pengalaman hidup yang masih segar berbekas dan dia hargai tentunya adalah pengalaman singkat bersama syarikat multinasional Fala dan salah seorang managernya, Tee Mah. Apabila Tee Mah berkeras mahu bertemu dengannya berkenaan tawaran di syarikat Fala, dia setuju kerana baginya - well why not give it a try? Dia tidak banyak bercakap, lebih lama mendengar kisah-kisah Tee Mah sepanjang berkecimpung dalam pekerjaan itu. Menarik kisahnya. Yang paling menarik tentu bila Tee Mah katakan, 
I've found my purpose of life. To help people develop and find their passion.
Apabila saya baca buku Leaving Microsoft to Change the World pun saya terkagum sungguh dengan John Wood. Satu ketika bila dia ceritakan bagaimana dia kekadang terasa aku mahu hidup yang lebih senang daripada sekarang - di umur hampir 40 tahun, dia tiada apa-apa. Cukup-cukup makan untuk menampung kehidupan kerana semua dah diberikan untuk Room to Read. Terjumpa rumah idaman di San Francisco, tapi tak mampu membelinya. Kata-kata sahabatnya Laura menyedarkan dia, dan mengujatkan saya;

"John, tujuan hidup kamu bukan tinggal di rumah yang besar dan cantik. Kamu mesti teruskan apa yang kamu lakukan ini (memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang tak mampu menerusi Room to Read). Meninggalkan usaha itu bagi mengejar dan mendapatkan sebuah rumah adalah sesuatu yang malang sekali dan juga satu kesilapan besar dalam hidup."

So that's his purpose of life. 

Satu lagi artikel yang saya tak terjumpa, masih mencari. Berkenaan sekumpulan anak muda yang memilih untuk menangguhkan pengajian selepas SPM dan memulakan syarikat sendiri. Mereka memberi komentar berkenaan bagaimana anak muda tidak tahu apa hendak dicapai dalam hidup lantas hanya mengikut arus. Dan salah seorang dari mereka berkata,
I have found my purpose of life.
Bagaimana dengan tujuan hidup kita? Adakah dia retoris atau slogan yang sering diulang-ulang namun begitu sulit diterjemah dalam kehidupan? Adakah dengan tujuan hidup yang Allah gariskan, kita jadi 'mandul' dan stagnant dan 'spoon fed'? Mereka katanya dah jumpa tujuan hidup, dan kelihatannya dengan itu, dapat menjalani hidup dengan penuh makna.

What do you think if we go to them (the people mentioned above) and say to them,

A: "Hey guess what. Islam has told us our purpose of life. I bet you never thought about it right, just walk through life, let things happened, not feeling contented with life but don't know whats wrong? Check this out - 2:30 & 51:56. Impressed, huh?"
B: "Oh thank you but no thanks, I've had my purpose of life and I'm working on it and I'm perfectly happy with it."
A: "..."

bismillah, jalan!

  • 0

After a while, she think perhaps making wrong decision is better than not making any decision at all.
Okay whats your weaknesses?
Being indecisive.
Why?
Because by making a wrong decision,

1. we gain experience.
2. we know its wrong, so one road crossed out.
3. we are actually moving a step forward.

Bukanlah yang dia maksudkan keputusan yang salah itu dalam kes perkara-perkara maksiat dan dosa, yang terang-terang sebegitu. Tapi yang berkaitan dengan keputusan hidup, yang selalunya kita perlu memilih yang mana satu lebih baik dari yang lain. Yang seringnya tidak jelas sejelas malam dan siang. Mungkin senja-senja gitu ataupun syuru', bergantung kepada betapa positifnya anda memandang kehidupan. Erm.



Perdasarkan pemerhatian dan pemikiran dia, bila kita undecided, akan ada opportunity cost yang kita perlu bayar. Hagituh tataulah betul ke tak konsep opportunity cost yang dia gunakan. Sekurang-kurangnya kita terpaksa membayar harga masa yang terbuang. Hoi masa yang dah berlalu mana nak cari ganti lagi?

di mana kanku cari ganti
serupa denganmu

Kita kehilangan peluang-peluang yang lalu lalang di depan mata kita. Sedangkan tuah itu adalah peluang bertemu dengan persediaan. Dia tak percaya kepada tuah pun sebenarnya. Tuah tu sejenis apa, hidupan dasar laut? Cuma konsep itu bijak, bagi dia.


 Apa lagi. Mungkin akan hilang momentum? Lama sangat fikir, malas dah. Whatever will be, will be ajelah.

Di sinilah indahnya untuk diperkatakan konsep istikharah kepada Allah tu. Bila kita minta Allah pandu keputusan kita, bersangka baik dan tsiqah kepada Dia. The ultimate back up. Dan akhirnya, siapa kata keputusan yang kita buat tu salah? Kita yang kata, atau orang sekeliling yang kata, atau sebab kesan dari keputusan itu tidak begitu indah atau asing dari main stream?

Dan dia teringat motto seorang ukht yang berbunyi,

Bismillah, jalan!
Cool.

Sebagai penutup, dia hadiahkan sesuatu yang bikin dia koyak.

"weh aku ke ni?!" 
bisik hati kecil beliau.




read read read

  • 0

I came across one article today, and I very much think that this is a very brilliantly written words - and I like it. Click here to read Neil Galman: Why our future depends on libraries, reading and daydreaming. Come on click and read it! :D

Few favourite points of mine;

1. I like how he started about people being biased - including himself in this article. An author discussing about reading, perhaps is like a fishmonger talking about how good fish is for your health.
So I'm biased as a writer. But I am much, much more biased as a reader. And I am even more biased as a British citizen.
Cool, right?

2. This bit literally dropped my jaw. Seriously?

I was once in New York, and I listened to a talk about the building of private prisons – a huge growth industry in America. The prison industry needs to plan its future growth – how many cells are they going to need? How many prisoners are there going to be, 15 years from now? And they found they could predict it very easily, using a pretty simple algorithm, based on asking what percentage of 10 and 11-year-olds couldn't read.  
 I mean, we somehow have the idea somewhere in our minds that illiteracy has something to do with crime rates. Perhaps we once wrote that one of our essays during our school years. But predicting the growth of prisons from the number of illiterates is really something. Googling private prisons made me jatuh kerusi some more.


3. There is no bad books. To some extent I disagree with this point. Yes to not labelling books especially for children, especially if we are imposing our likes of books to them and denying their right (hence interest) to pick their own titles and authors.
Well-meaning adults can easily destroy a child's love of reading: stop them reading what they enjoy, or give them worthy-but-dull books that you like, the 21st-century equivalents of Victorian "improving" literature. 
On top of that I do think adults should monitor children's and adolescents choices of book to read. Well I might be biased as well, upon reading this I was being reminded of how I really not in favour of 'novel-novel picisan' back in SMAPL years, even until now. Come on, where are we heading if the brains of nation are reading sebenarnya aku isteri dia, playboy itu suamiku and suamiku ustaz types of novels? Gaah.

I think this post is long enough, and writing with proper English makes me tired and disheartened to continue. Bahahaah. All in all, I gained a lot from this article. I am more appreciative of my interest in books and how I grew up with them, made me reflects on how reading changes my life. The obligations that he outlined are also mind boggling.
We all – adults and children, writers and readers – have an obligation to daydream. We have an obligation to imagine. 
Best woi. Okay toodles!

Assalamualaikum wbt

fresh fresh

  • 0

Assalamualaikum wbt

Hello.
I always long for a new start. I guess people always do, don't they? Perhaps after we've messed up the previous 'start', or we just get bored, or anything. New start is always good, for me, although we feel perfectly fine with our present - because we always need to be better anyway.



Few weeks ago, I was very looking forward for a fresh start - new place new friends new surrounding new akhawat new medan perhaps. I've started to imagine the new life, what I'm gonna do and everything. Tetapi takdirnya telah mendahului impiannya, permulaan yang dia mimpikan bukan miliknya.

فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ

Bak kata hadis keempat, taktahulah adakah dia menggunakannya pada konteks yang betul tapi dia terbayang ayat ini. Jadi dia fikir, permulaan yang baru itu bukan mestinya didatangkan atau diberikan kepadanya, bahkan sebenarnya mungkin dia sendiri yang perlu mencipta titik mula itu. 

I hope this can be a place for me to share. To think loud. To reflect. Not just to express - like I did with the previous one. Sometimes it can be embarrassing to go through those posts, but as I believe words are able to capture moments more than pictures, so I guess they are still precious - at least for my record. Persoalannya, apa perlu rekod itu dipublikasikan? -.-" aah entahlah nanti akan dia fikirkan apa perlu dibuat dengan rekod-rekod itu.

Life is long.
Dari sebuah novel yang dia baca. Baguslah, dia makin banyak luangkan masa untuk membaca sekarang, alhamdulillah. Hidup itu panjang, takdir itu misteri, tugas kita mencitakan dan merencanakan.

So with that, welcome onboard :)