Loser litmus

  • 0
Ada masanya kau akan fail dengan hebatnya sebagai seorang murabbi. Menambahkan rasa loser kau, dengan kegagalan-kegagalan lain yang sedang kaualami di jiwa terdalam.

Mungkin kerana iman yang tidak ditatang elok. Mungkin kerana multitasking kau tengah syntax error, jadi tidak seimbang. Mungkin kerana hidup kaujalani makin seperti robot yang lupa makna di sebalik.

Ah kalaulah kegagalan ini hanya efek diri kau seorang. Tapi tentu tidak, yang terkait bersama itu mutarabbi kecintaan kau. Yang kau bazirkan waktu pembinaannya, yang kau khianati kepercayaannya. Ah ummah ini telah lama menantikan kebangkitan jiwa-jiwa penyelamat, tapi kau sekat - dan tegar membiarkan ummah terus sakit menunggu.

What a loser.

Kalau dapat kau cari cuma satu sinar di balik kegelapan ini - adalah kesyukuran apabila dakwah ini tetap menjadi penjaga kau. Kalau bukan ini, apa agaknya akan jadi kertas litmus bahawa jiwa mujahidmu sedang jatuh gaung? Syukur apabila dilintaskan rasa loser dan muhasabah, tentu berjuta kali lebih baik dari rasa tenang oh biasa saja tiada apa yang aneh.

Terima kasih Allah, kerana masih sudi menjaga kau dengan dakwah ini. Dan kau, lekas-lekaslah keluar dari lumpur ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan