ajaib tulis-tulisan

  • 0
"Blog baru," bisik dia, "supaya aku lebih semangat dan matang dalam menulis!"



Shiuuu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Emangnya kalau benar begitu, mengapa tiada tulisan baru di sini?



Dia bekerja di syarikat penerbitan buku sekarang, buat masa ini. Mula-mula dia teruja, dua tiga hari kemudian dia mula bosan.

"Apa yang saya boleh buat untuk manfaatkan potensi awak di sini?"

Berkaca-kaca matanya mendapat Whatsapp itu, alangkah mengharukan! Sungguh ini suatu keberuntungan, berada di suatu tempat yang benar-benar mahu potensi dirinya diolah dan tidak dicampak ke tepi.

"Cepat kamu naik!" kata ibunya bila dikisahkan dia sudah ke bahagian admin sekarang, bukan hanya menjaga projek waqaf syarikat. Tergelak kecil dia, oh ibu ini bukan syarikat biasa-biasa, bisiknya dalam hati. Ini syarikat ikhwah akhawat, maka perlu jangka yang tidak terjangka. wink

Sudah dua bulan dia di sini. Mula merasai pahit manis bekerja, bukan hanya manis. Kelat-kelat interaksi dengan manusia berbeda sikap, ada rasa hangin juga pada masa-masa tertentu.

"Biarlah dia kan muda lagi, macam adik-adik."
"But when I was at THAT age," katanya penuh emosi, mata besar dahi kerut. Kata itu jeda tanpa sambungan.

Inikan syarikat ikhwah akhawat, maka perlu jangka yang tidak terjangka. wink

Satu yang paling dia terkesan bekerja di situ, adalah kuasa penulisan. Dia jadi terbakar untuk juga menulis, kerana dia melihat keajaiban tulis-tulisan itu. Merekod yang sudah berlalu, mewaris pengajaran hidup, menebar kebaikan, melega haus pengetahuan. Menyegarkan.

"Aku juga," bisiknya, "ada cebis tahu dan pengalaman untuk dikongsi!" Dan tentunya kerana minatnya pada menatap huruf-huruf, sejak kecil.

Ajaib tulis-tulisan juga, yang menolak dia untuk bekerja. "Bukan untuk aku," diingatkan dirinya, "tapi untuk ummah, agar tulis-tulisan ini sampai dan memberi manfaat kepada mereka."

Tapi dia juga akui, memang tidak semuanya indah. Kadang dia juga tenggelam dalam konon sibuk bekerja, dia jadi menjauh dengan tadabbur dan tafakkur, hanya leka berutin harian. Dia juga belum berjaya seimbangkan perana yang pelbagai - anak, adik, kakak, naqibah, mutarabbi, jiran. Prioriti kadang ke laut. Bila semua seolah datang menuntut hak pada waktu yang sama, krik krik. Prangg, hati berderai. Eh.

Happy birthday, mi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan