Hari ini alhamdulillah rasa tenang dan sakeenah. A bit mysterious the feeling, still alhamdulillah.
Jadi kali ini ye anak-anak, mummy nak cerita satu kisah biar kekal memori dan perasaannya.
Begini kisahnya -
Dia menceritakan kepada ibu apa yang terjadi tatkala CIMB buat maintenance selama tiga hari, yang kita LANGSUNG takboleh buat apa-apa - withdraw takboleh transfer takboleh semuaa takboleh. Grr masih takboleh terima kenapa boleh buat camtu, walaupun system upgrade sekalipun tapi hish.
Kisahnya ialah dia berniat mahu membeli makan malam di pasar malam BSP memandangkan abah takde kat rumah, kurang rajin pula nak masak untuk seorang. Pergilah dia ke atm untuk withdraw duit - ke BSN sebab itu yang terdekat dengan pasar malam, seberang tu je. Eh, takboleh pula, mungkin BSN tak boleh kot withdraw duit bank lain. Atau ada problem - biasalah BSN. Ada skeptik sedikit di situ. Lantas ke atm Maybank di Petronas berhampiran, eh takboleh. Sungguh misteri. Mengecheck dia di website CIMB - duhhh, maintenance!
Dan dia cuma ada dua keping duit RM1. Korek syiling, dapat lah 60-70 sen.
Balik ke, pergi je pasar malam? Balik takde makanan, lapar. Nak masak lambat pula, tatau nak masak apa. Nak beli mi segera, tak cukup duit juga.
Lantas dia mengambil keputusan untuk ke pasar malam berbekalkan RM2.50. Alangkah sadis terasa bila teringin tapi - mi tak cukup duit mi. Nasi ayam dara, no. Bakso, a big no, RM6 kot. Char kuey tiau, no. Nasi kerabu, no. Selesai tawaf pasar malam, akhirnya dia membeli nasi lemak telur goreng - alhamdulillah, ini rezeki dia malam ini, RM2.50. Dalam hati - baik makcik ni jual murah je. Mesti dia fikir student-student yang takde duit.
Mendengarkan kisah ini, ibu berkata,
"Kamu rasa takde duit camtu time seorang. Ibu dulu, dengan abah pi masuk hutan, susu anak habis, duit minyak nak pergi kerja lagi. Hah time tu lah nak marah abah pi masuk hutan."
Dia terdiam, cuma senyum. Speechless.
Dia berazam untuk simpan kisah itu kemas-kemas. Dan melalui saat-saat sempit ini dengan rasa sedar dan conscious - dia akan melepasi fasa ini insyaallah. Dia pun masih ingat fasa banyak duit uols, takde pun berkira-kira sangat nak beli tiket train tiket bas nak ke daurah nak ke usrah pastu beli biskut dan cekelat dengan riang sebab dia suka belajar sambil kunyah cikedis. Terasa beza sekali, bagai dulu itu mimpi indah.
Pengalaman dan pengajaran ini, terasa bermakna. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan