"Berapa ye ni kak?"
"RM10 dik. Yang ni tahan, tak masuk air."
Kadangkala kelakar juga bagaimana kehidupan kita boleh berubah, 180 darjah.
Selepas jam Swatch dia dilanggar kereta, ya pengakhiran yang tragis, dia dah takde jam. Lama juga mungkin setengah tahun, akhirnya dia buat keputusan, ya aku perlukan seutas jam tangan. Mencongak-congak wang yang dia ada dan keperluan lain, dia tahu dia masih belum boleh beli am berkualiti yang sebenar.
"Saya nak yang ni kak. Terima kasih ya."
Senyum pada kakak penjual.
Walaupun agak mencekik, dia memangnya sedang menikmati saat ini. Ya saat hidup tak berapa mewah. Dia ada je beberapa barang dari kehidupan lalu (lol) yang tetap terus mengingatkan dia pada waktu itu. Ah senang sekali saat itu.
Kalau sehari, katakan 10 orang beli jam RM10, dapat RM100 satu malam. Kalau dia jenis pasar malam hopping, tiap-tiap malam buka di pasar malam berlainan maka dapat RM700 seminggu, yakni RM2800 sebulan. Not bad. Tapi tu tak masuk modal lagi? Ibu kata jam macam ni modal RM3-4.
***
Stesen Hang Tuah.
"Kat sini tempat ibu dengan cu beli barang nak meniaga dulu. Cakap je nak meniaga apa, semua ada kat sini.
Ibu dah lalui dah semua zaman tu, dari susah ke senang macam sekarang."
Ada beberapa nilai-nilai yang dia kagumi pada ibu, yang tersingkap sedikit demi sedikit apabila hidup bersama. Nilai dan kisah ini mungkin takkan terungkap dan terzahir apabila dia duduk berjauhan seperti sejak 13 tahun yang lalu, dan dia sungguh sunguh bersyukur atas nikmat mempelajari kehidupan seperti ini. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan