anger management katanya

  • 0
Memang ada banyak sekali ketika dalam hari-hari yang dilaluinya, "Aku akan menulis mengenai ini," tapi masih nil di sini, hanya sekali sekala. Ah sudahlah dia malas mengenang, dia akan terus menulis sahaja.


Ya, mungkin sudah tiba masanya dia menguatkuasakan syiar itu semula. Syiar - Keep calm and carry on. Ah ketika dia jatuh cinta dengan poster itu, lantas membelinya. Sedikit sebanyak syiar itu berjaya juga alhamdulillah, merah terang terpamer di biliknya, mengingatkan. Tapi ketika itu isunya adalah - dia sering kalut. Kelam kabut selalu, lalu berazam ingin lebih tenang dan steady beb. Tapi sekarang isunya - dia cepat marah.

Serius, tak pernah terlintas di fikiran - Mimy cepat marah? That is so not her!

***

"Anger Management?"
"Aah, dengar camtu."

Alangkah anehnya nama syarikat. Wahaha. Dia tiada di Pejabat, rakan sekerja angkat talipon dan seseorang dari Syarikat Anger Management nak cakap dengan dia. Katanya pernah berurusan dengannya sebelum ini. Memang aneh.

"Katanya pasal buku library."

Jeda sebentar, fikir.

"Ohh. Y*&@(^ Angle lah!"

Kelakar. Tapi tergaru sebentar hati - Allah nak tegur aku pasal anger management? T.T

Beberapa hari dia bermenung fikir, di mana silapnya? Mana dia nak perbaiki? Kenapa sampai begini jadinya?

"Mungkin Malaysia dah ubah awak. Macam ada kekerasan/kemarahan dalam diri awak."

Pergh pedih.


Basically dia memang nak lebih tenang. Ada beberapa buah fikiran yang terhasil;

1. ah memangnya hubungan dia dengan Allah. Dengan al-Qur'an.
2. dia mengulangkaji fakta yang dia pernah pegang sebelum ini tapi dah terurai - I am in control of my own emotion. I choose to be sad, angry, disappointed, happy, positive. ah tengok tu, emosi pertama pun dah negatif.
3. kadang marah ini timbul bila dia (subconsciously) rasa yang dia lebih baik dari orang lain.
4. mungkin juga ada kemarahan atau kekecewaan yang tersimpan dalam, tak jumpa jalan keluar.

I was thinking, before this I would (once in a while) did my reflections and stuff in my blog or my journal. However bad the writing is, at least she poured it out somewhere, and she have some thoughts about it. Keeping it totally to herself, perhaps this is one of the effects.

Keep calm and carry on :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan