"Mimy sibuk ke?" tanya Editor.
"Ok je. Kenapa?"
Editor menghulurkan kertas putih berlipat tiga. Mungkin empat, dia tak ingat.
Membaca beberapa baris sekali lalu, dia sudah dapat menangkap isi surat. Dia membulatkan mata,memandang Editor.
"WHAT? Seriously?"
Dia tahu keputusan ini sukar untuk Editor. Tapi hatinya juga terpatah dua, hampir saja air matanya jatuh sewaktu Editor menerangkan situasinya, bukannya dia dapat fokus 100% apa yang Editor jelaskan. Jari Editor juga kelihatan bergetar - apparently this is hard for both of them.
Ah editor-editor di Iman seringkali mematahkan hatinya. Menjadi tulang belakang di pejabat, teman yang paling rapat - pada waktu kerja sehingga merebak ke luar waktu kerja - akhirnya pergi meninggalkan dia. Terburu-buru pula.
"Editor nak berhenti," dia beritahu Bos Besar.
"Okies. Feb ke Mac?" respon Bos Besar.
"Okies je. Okies jeeee? Saya patah hati kot."
Ya, tapi dah move on alhamdulillah.
Dulu, bila menerima berita tergempar pemberhentian Editor Pertama, serius, dia tak dapat bayangkan Iman tanpa Editor Pertama. Camne nak survive?
Sekarang bila Editor nak berhenti dia pun tak dapat bayangkan - bagaimana Iman selepas ini?
Namun begitulah. Hidup perlu diteruskan. Life is long. Jika Editor mahu pergi kerana takpuas hati gaji rendah, atau rasa takberkembang di Iman nak naik pangkat (erm apa pangkat editor?) dia boleh cuba pujuk. Tapi sebab Editor pergi untuk menghidupkan impiannya yang takdapat terpenuhi di Iman - maka pergilah teman, pergilah. Kejarlah mimpimu.
Patah hati ini akan kusambung semula, walau Iman takkan sama tanpamu. Tapi memang kita takmau jadi sama dulu kini selamanya kan, erm.
It is really a blessing to know and work with you friend. Goodbye, sister in Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan