Sekolah kehidupan

  • 0

Seorang lelaki pertengahan umur masuk. Kemas pakaiannya, seperti mahu ke mana-mana. Tapi di muka ada risau tercalit.

"Sini memang selalu double-park ya?"

Aku sedang di Imanshoppe, mencari tenang dan ruang sebab dilanda tragedi Julai; ada 'keributan' meminta diselesaikan segera. Panic attack.

"Ya pakcik. Parking sini memang susah sikit."
"Oh. Jadi bagaimana kalau nak keluar? Saya nak ke airport nanti."

Selepas diyakinkan Shira bahawa pasti akan baik-baik sahaja asal nombor pemilik kereta ditinggalkan, pakcik lega dan terus melihat-lihat buku.

Pakcik IKRAM ni, getus hatiku. Melihat k Norley dan Shira agak ragu-ragu ayam dan awkward, aku ke arah pakcik - bertanya-tanya jika ada yang boleh dibantu. Mujur aku sedang dalam mode extrovert.

"Pakcik biasa ke sini?"
"Biasa," dia senyum. "Pakcik kenal Dr Aisyah."

Oh.

"Pakcik dari IKRAM Kelantan. Suami Dr Hafizah."

Dua detik otakku memproses. Oh, makcik Peed!

"Oh Dr Hafizah. Saya pernah ke rumah pakcik, jaulah dengan akhawat." Senyum.

Aku terlontar ke waktu kami menziarah makcik Peed. Entah kenapa hati aku cepat jatuh sayang kepada beliau - raut wajahnya lembut, sinar matanya ramah, butir katanya jujur berbagi pengalaman hidup, dan kebetulan aku duduk di sebelahnya waktu dia memberi perkongsian kepada kami, tangannya lembut parking di ribaku. Dari situ mungkin, dia mengalirkan kasih sayang.

"Nak ke Jordan malam ni, graduasi anak pakcik."

Kembali ke masa kini.

Kata pakcik, makcik Peed akan ke sampai sini petang. Melepas aku nak berjumpa, walaupun aku 87% yakin makcik tak ingat padaku.

Pakcik selesai memilih dua buku, dan menoleh padaku,

"Boleh tolong balutkan buku yang pakcik beli? Takut-takut ada masalah di sana sebab penulisnya."

My pleasure to help, pakcik. My pleasure. Dalam ribut aku menyelesaikan tragedi Julai, moga-moga membantu orang soleh ini jadi asbab Allah berkenan memudahkan urusan ini.

*

Melihat orang dan interaksi sesama, adalah sekolah bagi aku. Dan antara kelas yang aku teringin nak pergi, adalah kelas kehidupan keluarga para pendiri dakwah. Pasti tidak akan sempurna, tapi pasti ada yang berbeza. Aku ingin belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan