Tujuan hidup.
What do you think if we go to them (the people mentioned above) and say to them,
A: "Hey guess what. Islam has told us our purpose of life. I bet you never thought about it right, just walk through life, let things happened, not feeling contented with life but don't know whats wrong? Check this out - 2:30 & 51:56. Impressed, huh?"
B: "Oh thank you but no thanks, I've had my purpose of life and I'm working on it and I'm perfectly happy with it."
A: "..."
Ya dia tahu tajuk ini memang cliche. Ada seorang adik di tempat dia belajar dahulu, memang allergic reaction bila dengar perkataan tujuan hidup ni. Nak termuntah mungkin bila diulang diulang, dan ulang lagi.
Dia jadi terpana juga apabila tujuan hidup ini diperkatakan pada masa yang dia tidak jangka, oleh orang yang dia tidak sangka. Sejak akhir-akhir ini memang ada beberapa situasi yang menyebabkan dia terfikir,
- apa tujuan hidup manusia sebenarnya?
- apa mungkin manusia itu menjumpai tujuan hidupnya, tanpa dipandu wahyu?
dan sebagainya.
Satu pengalaman hidup yang masih segar berbekas dan dia hargai tentunya adalah pengalaman singkat bersama syarikat multinasional Fala dan salah seorang managernya, Tee Mah. Apabila Tee Mah berkeras mahu bertemu dengannya berkenaan tawaran di syarikat Fala, dia setuju kerana baginya - well why not give it a try? Dia tidak banyak bercakap, lebih lama mendengar kisah-kisah Tee Mah sepanjang berkecimpung dalam pekerjaan itu. Menarik kisahnya. Yang paling menarik tentu bila Tee Mah katakan,
I've found my purpose of life. To help people develop and find their passion.
Apabila saya baca buku Leaving Microsoft to Change the World pun saya terkagum sungguh dengan John Wood. Satu ketika bila dia ceritakan bagaimana dia kekadang terasa aku mahu hidup yang lebih senang daripada sekarang - di umur hampir 40 tahun, dia tiada apa-apa. Cukup-cukup makan untuk menampung kehidupan kerana semua dah diberikan untuk Room to Read. Terjumpa rumah idaman di San Francisco, tapi tak mampu membelinya. Kata-kata sahabatnya Laura menyedarkan dia, dan mengujatkan saya;
"John, tujuan hidup kamu bukan tinggal di rumah yang besar dan cantik. Kamu mesti teruskan apa yang kamu lakukan ini (memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang tak mampu menerusi Room to Read). Meninggalkan usaha itu bagi mengejar dan mendapatkan sebuah rumah adalah sesuatu yang malang sekali dan juga satu kesilapan besar dalam hidup."

So that's his purpose of life.
Satu lagi artikel yang saya tak terjumpa, masih mencari. Berkenaan sekumpulan anak muda yang memilih untuk menangguhkan pengajian selepas SPM dan memulakan syarikat sendiri. Mereka memberi komentar berkenaan bagaimana anak muda tidak tahu apa hendak dicapai dalam hidup lantas hanya mengikut arus. Dan salah seorang dari mereka berkata,
I have found my purpose of life.Bagaimana dengan tujuan hidup kita? Adakah dia retoris atau slogan yang sering diulang-ulang namun begitu sulit diterjemah dalam kehidupan? Adakah dengan tujuan hidup yang Allah gariskan, kita jadi 'mandul' dan stagnant dan 'spoon fed'? Mereka katanya dah jumpa tujuan hidup, dan kelihatannya dengan itu, dapat menjalani hidup dengan penuh makna.
What do you think if we go to them (the people mentioned above) and say to them,
A: "Hey guess what. Islam has told us our purpose of life. I bet you never thought about it right, just walk through life, let things happened, not feeling contented with life but don't know whats wrong? Check this out - 2:30 & 51:56. Impressed, huh?"
B: "Oh thank you but no thanks, I've had my purpose of life and I'm working on it and I'm perfectly happy with it."
A: "..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan