Dia rindu untuk menulis, walau dia pun tak pasti apakah manfaat yang dia peroleh dengan menulis? Apa yang orang lain dapat? Dalam blog yang bagai melukut di tepi gantang ini.
Kadang dia ragu untuk menulis. Perlukah dia membuka kehidupannya kepada dunia yang tidak mengenalinya? Privasinya? Kalau orang jahat baca?
Dia juga sesekali menghentikan jarinya untuk menaip. Ah mengapa perlu emosi itu disebar-sebarkan. Perhaps its better to keep it to herself, no? Orang lain tulis benda ilmiah, sungguh bijak kritikal dan bermanfaat tapi dia di sini?
Yang menggerakkan tangannya untuk terus menari di papan kekunci (fewit bahasaa) ialah kerana menulis itu tandanya dia berfikir, refleksi dan introspeksi. Bila dia tersentuh hatinya dengan manfaat penulisan orang lain, mungkin dengan dia sendiri menulis, tersebarnya kebaikan itu. Kerana tulis-tulisan itu merekodkan memori, perasaan, gambaran dan pelajaran.
Menulislah mi, kerana Allah. Untuk ummah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan